Rompin adalah sebuah daerah yang teletak di bahagian selatan negeri Pahang. Ia adalah daerah yang bersempadan dengan negeri Johor. Antara
lokasi berdekatan ialah Endau, Mersing , Nenasi dan Kuantan.
Dikatakan pada satu ketika dahulu di daerah ini terdapat sebatang Pokok Ru. Pokok ru ini unik berbanding dengan pokok-pokok ru lain yang hidup
melata disini kerana bentuknya yang ramping.Mengikut cerita ukurlilit pokok
tersebut boleh memuat seramai 40 orang untuk makan bersama. Pada awalnya orang
memanggil nama tempat ini sebagai rhu ramping, dan lama-kelamaan nama tempat
ini berubah menjadi rumpin dan rompin.
Rompin terletak di tepi pantai , menghadap Laut China Selatan yang terbentang luas. OIeh itu Rompin
merupakan destinasi memancing yang terkenal. Ini adalah kerana Rompin adalah
satu kawasan perairan yang memiliki banyak lubuk dan kawasan tumpuan ikan yang
amat popular. Antara spesis ikan yang
amat popular ialah ikan
layaran ,
sejenis hidupan yang sering menjadi tumpuan kaki pancing kerana kesukaran untuk
mendapatkannya.Oleh kerana Rompin adalah satu destinasi ikan layaran, jadi
setiap tahun acara billfish dan pertandingan memancing sering
diadakan di daerah ini.
Selain daripada itu, Rompin juga amat terkenal dengan kawasan
yang banyak mempunyai spesies udang galah kerana Rompin adalah habitatnya. Bagi
penggemar-penggemar makanan sungai dan laut terutamanya penggemar udang galah,
anda telah memilih satu lokasi yang benar-benar sesuai untuk merasai keenakan
masakan udang galah disini. Terdapat banyak kedai-kedai makan yang menyajikan
hidangan masakan udang galah dengan pelbagai jenis masakan. Udang galah di
Rompin biasanya ditangkap di kawasan Sungai Rompin dan tempat pemasarannya
ialah di kawasan kampung Leban Chondong, Rompin.
Taman Negara Endau-Rompin terletak di daerah Rompin iaitu di hulu Sungai
Endau dan Sungai
Rompin. Terdapat pelbagai flora dan fauna di Taman Negara Endau-Rompin
ini. Untuk pergi ke kawasan taman negeri ini, bagi yang melalui jalan dari
bandar rompin, mereka haruslah melalui jalan ke mersing Johor dan memasuki
simpang sepayang rompin. Jaraknya dari simpang sepayang adalah dalam lingkungan
40km.
Galeri Sekitar Rompin
Pulau Tioman yang merupakan pulau peranginan yang terkenal di seluruh dunia
Pantai Hiburan di pinggir bandar Rompin
Taman Negara Endau Rompin
No comments:
Post a Comment