Bandar Pekan dikatakan telah wujud sejak abad ke
17. Mengikut pendapat orang tua-tua, Pekan mendapat namanya dari sejenis bunga
yang dipanggil bunga pekan yang banyak tumbuh di tebingnya. Namun begitu ada
juga yang berpendapat bahawa Pekan mendapat namanya dari pengertian perkataan
bandar, pasar atau tempat orang berjual beli.
Di zaman pemerintahan Melaka, dalam tahun 1470,
Sultan Mansur Syah telah menghantar putera baginda, Muhammad Syah untuk
memerintah Pahang. Dahulunya Pahang dikenali sebagai Inderapura. Pahang, dahulunya merupakan sebuah pusat tumpuan
pedagang dari dalam dan luar negeri. Tempat yang strategik ini menjadikan Pekan
terkenal pada ketika itu.
Sehingga kini masih terdapat kampung yang dahulunya telah dibuka oleh para
pedagang.
Ketika Hugh Clifford datang ke Pahang, dia
menyebut Kuala Sungai Parit tempat persemayaman Bendahara Tun Ahmad itu sebagai
'Pekan'.
Pada tahun 1889, Pekan telah dijadikan sebuah
daerah dan F. Belfield telah dilantik sebagai Pegawai Daerahnya yang pertama.
Dalam pada itu, Pekan dijadikan ibu negeri Pahang dari tahun 1889 hingga tahun
1898.
Pekan juga terkenal sebagai sebuah bandar yang
aman, senyap serta sentiasa menampakkan ciri-ciri bandar di raja. Pembinaan
bangunan-bangunan juga amat unik dan tersendiri terutamanya istana.
Antara bangunan yang terkenal yang telah dibina
pada zaman Sultan Mahmud dan Sultan Abdullah ialah Istana Seri Terentang,
Istana Kuning, Masjid Abdullah, Rumah Persinggahan Orang-orang Kenamaan dan
Rumah Rehat Pekan.
Pada zaman Sultan Abu Bakar pula, Istana Abu
Bakar telah dibina bercirikan rekabentuk moden. Pada zaman ini juga dibina
sekolah-sekolah Arab dan Jambatan Sultan Abu Bakar yang merentangi Sungai
Pahang.
Dari segi ekonomi pula, ada kilang-kilang
seperti Kilang Mentiga (perkayuan), Kilang Isuzu (kenderaan), Kilang Mercedez,
Kilang Wolkswagen dan Kilang Ested yang juga membuka peluang pekerjaan kepada
penduduk Pekan. Deretan kedai dan
bank yang ada dapat mempengaruhi keadaan ekonomi di Pekan.
Walaupun terdapat kemasukan unsur-unsur moden di
kawasan bandar Pekan, namun Pekan tetap boleh dilihat dan dirasai sebagai
sebuah bandar tradisi yang tenang dan aman dengan suasana alam sekitar yang
mempersonakan. Tambahan pula dengan penduduknya yang ramah menantikan
kedatangan pengunjung.
Galeri Sekitar Pekan
Muzium Sultan Abu Bakar terletak di bandar Pekan
Pantai Air Leleh, Kuala Pahang
Royal Pahang Polo Club
Hotel Ancasa Royale Pekan - Terletak di tepi sungai Pahang meghala ke bandar Pekan
Kilang Isuzu (DRB Hicom)
Kilang Kereta Mercedes-Banz
Kilang Kereta Volkswagen
Pekan River Front - Ditengah bandar Pekan meghadap sungai Pahang
Tasik Chini
Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-2
Kampus Utama Universiti Malaysia Pahang
DRB-Hicom University of Automotif Malaysia
No comments:
Post a Comment