Thursday, 22 September 2016

DAERAH PEKAN

Bandar Pekan dikatakan telah wujud sejak abad ke 17. Mengikut pendapat orang tua-tua, Pekan mendapat namanya dari sejenis bunga yang dipanggil bunga pekan yang banyak tumbuh di tebingnya. Namun begitu ada juga yang berpendapat bahawa Pekan mendapat namanya dari pengertian perkataan bandar, pasar atau tempat orang berjual beli.

Di zaman pemerintahan Melaka, dalam tahun 1470, Sultan Mansur Syah telah menghantar putera baginda, Muhammad Syah untuk memerintah Pahang. Dahulunya Pahang dikenali sebagai Inderapura. Pahang, dahulunya merupakan sebuah pusat tumpuan pedagang dari dalam dan luar negeri. Tempat yang strategik ini menjadikan Pekan terkenal pada ketika itu. Sehingga kini masih terdapat kampung yang dahulunya telah dibuka oleh para pedagang.

Ketika Hugh Clifford datang ke Pahang, dia menyebut Kuala Sungai Parit tempat persemayaman Bendahara Tun Ahmad itu sebagai 'Pekan'.

Pada tahun 1889, Pekan telah dijadikan sebuah daerah dan F. Belfield telah dilantik sebagai Pegawai Daerahnya yang pertama. Dalam pada itu, Pekan dijadikan ibu negeri Pahang dari tahun 1889 hingga tahun 1898.

Pekan juga terkenal sebagai sebuah bandar yang aman, senyap serta sentiasa menampakkan ciri-ciri bandar di raja. Pembinaan bangunan-bangunan juga amat unik dan tersendiri terutamanya istana.
Antara bangunan yang terkenal yang telah dibina pada zaman Sultan Mahmud dan Sultan Abdullah ialah Istana Seri Terentang, Istana Kuning, Masjid Abdullah, Rumah Persinggahan Orang-orang Kenamaan dan Rumah Rehat Pekan.

Pada zaman Sultan Abu Bakar pula, Istana Abu Bakar telah dibina bercirikan rekabentuk moden. Pada zaman ini juga dibina sekolah-sekolah Arab dan Jambatan Sultan Abu Bakar yang merentangi Sungai Pahang.

Dari segi ekonomi pula, ada kilang-kilang seperti Kilang Mentiga (perkayuan), Kilang Isuzu (kenderaan), Kilang Mercedez, Kilang Wolkswagen dan Kilang Ested yang juga membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Pekan. Deretan kedai dan bank yang ada dapat mempengaruhi keadaan ekonomi di Pekan.


Walaupun terdapat kemasukan unsur-unsur moden di kawasan bandar Pekan, namun Pekan tetap boleh dilihat dan dirasai sebagai sebuah bandar tradisi yang tenang dan aman dengan suasana alam sekitar yang mempersonakan. Tambahan pula dengan penduduknya yang ramah menantikan kedatangan pengunjung.


Galeri Sekitar Pekan



Muzium Sultan Abu Bakar terletak di bandar Pekan



Pantai Air Leleh, Kuala Pahang



Royal Pahang Polo Club





Hotel Ancasa Royale Pekan - Terletak di tepi sungai Pahang meghala ke bandar Pekan



Kilang Isuzu (DRB Hicom) 



Kilang Kereta Mercedes-Banz



Kilang Kereta Volkswagen



Pekan River Front - Ditengah bandar Pekan meghadap sungai Pahang



Tasik Chini


Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-2



Kampus Utama Universiti Malaysia Pahang


DRB-Hicom University of Automotif Malaysia



DAERAH KUANTAN

Kuantan ialah ibu negeri Pahang dan juga sebuah daerah, negeri terbesar di Semenanjung Malaysia dan ketiga terbesar di Malaysia dengan keluasan lebih kurang 36,000 km². Penduduk Kuantan terdiri daripada 57% orang Melayu, 32% orang Cina, 4% orang India dan 7% kaum-kaum lain. Kuantan terletak berhampiran Sungai Kuantan mengadap ke Laut China Selatan. Pusat pentadbiran negeri Pahang telah berpindah ke Kuantan dari Kuala Lipis sejak dari tahun 1976.
Kuantan adalah sebuah bandar besar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, di kedudukan 3° 50' Utara, 103° 20' Timur (ini adalah lokasi sebelum kejadian gempa bumi dan tsunami 26 Disember 2004, yang dikatakan telah menganjakkan Semenanjung Malaysia beberapa sentimeter dari kedudukan asal). Ia merupakan ibu negeri Pahang, di dalam negara Malaysia. Jumlah penduduk di daerah Kuantan adalah sekitar 607,778 orang.
Berkedudukan di pesisir Laut China Selatan dan di tebing Sungai Kuantan berdekatan kualanya, Kuantan yang masyhur dengan pantai-pantainya dan Masjid Sultan Ahmad Shah sebagai ikon di tengah-tengah bandar adalah pintu masuk ke Pantai Timur bagi mereka yang datang dari arah Kuala Lumpur dan selatan Semenanjung.

Kuantan dipercayai telah wujud semenjak awal tahun 1850-an lagi. Kewujudan Kuantan pada kurun ke-19 adalah bermula sebagai petempatan. Hal kewujudan Kuantan ini telah pun disentuh oleh Abdullah Abdul Kadir Munshi pada tahun 1851/2 seperti berikut:
"Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari KUANTAN. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada dan; maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari...."

Pada abad ke-19, pendatang dari Sumatera (Indonesia) dipercayai telah membuka penempatan di tebing Sungai Kuantan, khususnya di sekitar Teruntum yang terletak berdekatan Hospital Tengku Ampuan Afzan pada hari ini. Terdapat beberapa teori mengenai asal nama "Kuantan". Ada yang mengatakan nama tersebut mempunyai kaitan dengan tempat asal pendatang dari Sumatera itu, yakni Kampung Kuantan. Terdapat juga satu tempat bernama Kuala Kuantan di negeri Selangor. Ada pula yang mengatakan nama bandar ada hubungan dengan bangsa China, kerana bunyinya yang sedemikian rupa.
Walau apa pun, suatu tempat bernama Kuantan telah wujud sebelum tercetusnya Perang Saudara Pahang pada tahun 1858, tatkala dua beradik, Wan Ahmad dan Wan Mutahir menentang satu sama lain untuk menguasai negeri tersebut setelah bapa mereka, Bendahara Ali, iaitu pemerintah Pahang, meninggal dunia. Pertelingkahan bermula apabila Wan Mutahir, yang menggantikan Ali sebagai Bendahara, telah menidakkan wasiat Ali yang menyatakan Wan Ahmad akan memerintah dua daerah - Kuantan, dan juga Endau (pada masa itu sebuah daerah dalam negeri Pahang; pada hari ini ia di dalam negeri Johor).
Perang saudara itu tamat pada tahun 1863 (walaupun pertelingkahan dalaman antara para pembesar yang telah berpecah-belah berterusan dalam dekad-dekad berikutnya), dengan Wan Ahmad mencapai kejayaan dan menjadi Bendahara Pahang yang baru. Beliau kemudiannya menaikkan taraf diri beliau sebagai Sultan Pahang, justeru mengasaskan susur-galur Sultan-sultan dan kerabat diraja yang sedang memayungi negeri. Pada waktu itu, cukai yang dikutip dari lembah Sungai Kuantan menjadi pendapatan utama pemerintah Pahang, justeru ia berkepentingan dari segi ekonomi negeri.
Kerajaan British mula mencerobohi pentadbiran negeri-negeri Melayu di sekitar permulaan Perang Saudara Pahang. Pada tahun 1888, British mengambil alih pentadbiran negeri Pahang. Kuantan mula diberikan perhatian sebagai pusat perdagangan, khususnya berkaitan aktiviti perlombongan bijih timah di pekan Sungai Lembing dan Gambangberdekatan. Pada masa itu, para peniaga berbangsa Cina mendominasi suasana perniagaan dan perdagangan di Kuantan.
Pada 30 Disember 1942, Kuantan telah jatuh ke tangan askar Jepun yang menyerang Asia Tenggara semasa Perang Dunia Kedua. Pusat bandar lama iaitu di sepanjang Jalan Mahkota dan Jalan Besar masih menempatkan binaan-binaan era sebelum Perang Dunia Kedua, sementara kubu kecil yang dibina dalam menghadapi ancaman Jepun boleh dilihat di beberapa lokasi di sekitar Kuantan.
Pada 27 Ogos 1955, ibu negeri Pahang yang asalnya di Kuala Lipis sepanjang era residensi British telah dipindahkan ke Kuantan, dan kepentingan bandar ini dari segi pentadbiran semakin meningkat. Setelah Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 (Malaysia terbentuk sebagai satu persekutuan dalam tahun 1963), Kuantan terus berkembang sebagai pusat komersial dan perusahaan yang penting. Kerajaan negeri dan Persekutuan membangunkan Kuantan dengan memberikan tumpuan kepada sektor pentadbiran, industri, pertanian dan pelancongan.

Oleh sebab Kuantan merupakan sebuah bandar yang "muda" secara relatifnya, ia tidak memiliki banyak budaya tradisi tempatan yang unik, melainkan yang dibawa oleh mereka yang berasal dari luar dan menetap di Kuantan, khususnya dari negeri Terengganu dan Kelantan. Oleh sebab itu, amat mudah untuk mendengar orang ramai di Kuantan bercakap dalam loghat Terengganu dan Kelantan, sementara makanan tradisional dan kegemaran dari kedua-dua negeri itu juga popular di sini. Jauh sedikit dari bandar Kuantan sendiri, iaitu ke arah barat dan selatan, barulah budaya tradisi Pahang dapat diperhatikan sedikit demi sedikit.
Bandar Kuantan
Hotel Zenith yang terletak di tengah bandar Kuantan

 
Kedudukan bandar yang berhampiran sungai dan laut


Masjid besar Kuantan - Pemandangan semasa waktu berbuka puasa di bulan Ramadhan



Tempat Bersejarah


Lombong Bijih Timah Sungai Lembing yang merupakan lombong bijih timah bawah tanah yang terpanjang di dunia.



Muzium Sungai Lembing yang menempatkan sejaran perlombongan bijih timah.


Tempat Peranginan

Air Terjun Panching, Sungai Pandan


Bukit Panorama,Sungai Lembing


Pantai Cherating


Pantai Teluk Chempedak



Gambang Waterpark - Taman Tema Air terbesar dan pertama di Pantai Timur malaysia




Safari Park Gambang - Menempatkan pelbagai hidupan liar yang sukar ditemui seperti zirafah, kuda belang dan pelbagai lagi.








Wednesday, 21 September 2016

KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PAHANG

Negeri Pahang Darul Makmur, yang terletak di Semenanjung Malaysia merupakan negeri terbesar akan keluasannya di Semenanjung Tanah Melayu. Negeri Pahang yang terkenal akan kekayaan khazanah biodeversitinya juga turut menempatkan dengan kepelabagaian adat resam dan budaya yang amat unik dan mempersonakan. Perkara ini jelas kelihatan menerusi khazanah kesenian tradisional Pahang yang begitu mengasyikkan. diantara jenis persembahan tradisional yang sekaligus tergolong dalam kumpulan kesenian Pahang adalah seperti :


Lagu-lagu Gendang Pahang

Ia sering dimainkan bersama paluan gendang Pahang, senarai lagu warisan gendang Pahang yang terkenal :
  • Raja Berangkat
  • Gendang Perang Pahang Sama Deras
  • Sama satu
  • Sama Dua
  • Lenggang Janda / Janda Numbok
  • Tupai Mengendap
  • Timbang Bangkung
  • Kambing Berlaga / Kambing Meranduk
  • Bujang Hilir
  • Raja Masuk Kuala
  • Siamang Berjangkit
  • Sendayong
  • Gobek Goban

Silat Lela sembah DiRaja Pahang

Diantara jenis silat yang menjadi mainan kesenian masyarakat Pahang serta acara silat ketika menghadap Sultan.
  • Bunga Sembah / Tari langkah Sembah
  • Benang Kusut / Mengurai Benang
  • Merbah Sekawan / Merbah Berlaga
  • Lenggang Janda
  • Cacak Racik
  • Sembelih Ayam
  • Helang Patah Kepak / Helang Melayang
  • Titi Batang
  • Ayam Mengeram
  • Tarik Rotan / Belah Rotan
  • Ketinting Murai
  • Kayuh Perahu / Meredah Jeram
  • Bersikat
  • Melambai Anak Dara
  • Sauk Kecik / Sauk Besar
  • Kungkong Tanduk Kerbau

Tarian/Dikir/Permainan
  • Tari Piring
  • Tari Lilin
  • Tari Pelanduk
  • Tari Mahrum
  • Joget Pahang
  • Tarian Sewang
  • Dikir Rebana Pahang
  • Dikir Maulud Pahang
  • Tingkah Lesung
  • Permainan Porak

Lagu Rakyat Pahang

Diantara lagu-lagu rakyat negeri Pahang yang sering dinyanyikan di temasya kesenian, majlis budaya dan adat resam.

Gurindam Dialek Pahang

  • Amenda Milik Kita
  • Alamat Hari Nak Siang 

MAKANAN TRADISI PAHANG

Setiap negeri pastinya mempunyai makanan tradisi kebanggan masing-masing. Tidak terkecuali negeri Pahang yang mempunyai pelbagai makan tradisional yang tersendiri. Antara makanan tradisi yang popular dari Pahang ialah Gulai Tempoyak Ikan Patin, Sambal Hitam, Puding raja, dan banyak lagi.


Gulai Tempoyak Ikan Patin


Gulai Tempoyak Ikan Patin merupakan makan yang sangat popular dan banyak terdapat di sekitar Pahang. Temerloh misalnya yang mempunyai bekalan Ikan Patin yang banyak yang diternak di sepajang sungai Pahang telah menghasilkan banyak restoran yang menghidangkan juadah tradisi ini.


Sambal Hitam


Sambal hitam terkenal di daerah Jerantut, Kuala Lipis dan Raub. Makanan unik ini diperbuat dari belimbing buluh dan ikan bilis sebagai bahan utama. Makanan tradisi turun temurun ini dikatakan hanya boleh dihasilkan oleh mereka yang mahir berikutan proses penghasilan yang agak rumit.


 Puding Raja/Puding Istana


Puding Raja terkenal di Pahang terutamanya di daerah Pekan. Puding Raja merupakan pencuci mulut kerabat diraja dan hanya dihidangkan di istana suatu masa dahulu.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PAHANG

Negeri Pahang Darul Makmur merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia yang kaya dengan tempat-tempat menarik untuk dilawati. Pahang mempunyai alam semulajadi yang cantik merangkumi tanah tinggi, gunung, gua, hitan lipur, tasik semulajadi, pulau dan pantai. Berikut adalah tempat-tempat menarik untuk dilawati :


Hutan dan Taman Negara 

Pahang adalah destinasi terbaik eko-pelancongan di Semenanjung Malaysia. Bagi individu yang gemarkan pengembaraan dan suka menikmati keindahan alam semulajadi, Taman Negara adalah tempat yang paling sesuai untuk dikunjungi. Sealain itu, terdapat juga taman semulajadi lain yang menarik untuk dikunjungi seperti Taman Rimba Kenong dan Taman Negara Endau-Rompin.

Taman Negara






 Bukit dan Gunung

Terdapat banyak bukit dan gunung di sekitar negeri Pahang, malah gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia juga terletak di Pahang iaitu Gunung Tahan. Di Pahang juga terletaknya hampir semua tempat peranginan tanah tinggi yang menarik seperti Cameron Higland, Genting Higland dan Bukit Fraser.

Gunung Tahan



Cameron Higland



Genting Highland



Bukit Fraser




 Pulau Percutian

Pahang mempunyai pulau percutian yang cantik dan terkenal bukan sahaja di Malaysia malahan di dunia dan menerima pelancong dari seluruh pelusuk dunia sepanjang tahun. Pulau Tioman adalah destinasi percutian yang menarik dimana berpasir halus, putih dan bersih. Air Lautnya jernih menjadikan ia lokasi snorkeling yang sangat popular.

Pulau Tioman




 Pantai 

Pahang mempunyai bayang pantai yang porpular di Malaysia dan seluruh dunia seperti Pantai Cherating dan Pantai Teluk Chempedak. Kedudukan pantai yang menghadap Laut China Selatan sentiasa menjadi tumpuan untuk dijadikan tempat singgahan bagi menikmati keindahan pemadangannya.


Pantai Teluk Chempedak



Pantai Cherating




 Hutan Lipur dan Air Terjun

Pahang mempunyai banyak hutan lipur dan air terjun yang menarik seperti Air Terjun Sungai Pandan.

Air Terjun Sungai Pandan










ASAL USUL NAMA NEGERI PAHANG

Pada zaman dahulu Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai berbagai nama. Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong -Fong, Phe-Hang,Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225 Chao Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, beliau menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa San-fo-chi ialah negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah Negeri Pahang Darul Makmur.

Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang dan Pahagh.  G.R. Tibbetts, seorang ahli sejarah yang mengulas kisah yang ditulis dengan huruf Arab dalam buku karangan Mas'udi itu pada pendapat Tibbetts ialah Pahang. Dia lebih setuju menyebut perkataan Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau Panhang. Semuanya itu dimaksudkan Pahang. Ada setengah pendapat menyatakan Pahang berasal dari bahasa Siam asli ertinya timah. Orang Siam asli yang dulunya mendiami negeri ini dengan membuka lombong bijih timah terutama di Sungai Tembeling.

Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu bertentangan dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pokok kayu mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu. Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu. Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang dan ibu negeri pada zaman dahulu iaitu Pekan.Sebelum ditakluk oleh kerajaan Melayu Melaka ia dikenali sebagai Pura.